MAHABBAH RASUL ( LYRIC )
مولى صل وسلم داءما أبدا على حبيبك خير الخلق كلهم Mahabbah Rasul jadi perlumbaan, Bagi sekalian makhluk Tuhan, Tidak kira manusia atau haiwan, Bukit bukau dan tumbuh tumbuhan, Seekor unta datang berlari lari, Berlutut dan mengucup kaki Nabi, Mengalir air matanya menangisi, Kerana rindu kepada Nabi, Mengadu domba tentang badan sakit, Kerja banyak makannya sedikit, Di dalam peristiwa Israk wal Mikraj, Batu yg besar tersangatlah berat, Ingin menjadi pengikut yang taat, Lalu timbullah dan jua terangkat, Lantas ditahan oleh malaikat, Maka terapunglah hingga kiamat, Pelepah tamar yang sudah kekeringan, Merintis menangis kerna ditinggalkan, Hingga tangisannya telah didengarkan, Kepada para sahabat yang beriman, Lalu baginda turun menenangkan, Berhentilah menangis berkat usapan, Bukit uhud kuat bergoncang, Kerana gembira Nabi di belakang, Sehinggalah kaki Baginda menendang, Barulah berhenti dari bergoyang, Disaksi oleh Saidina Abu Bakar, Dan bakal shahid Uthman dan Umar, Saidina Thauban k...